RSS

Pengenalan Blog

18 Dec
Pengenalan Blog

 

Assalamualaikum…

Pertama sekali, terima kasih diucapkan kepada web-host ini yang sudi menjadi host secara percuma untuk blog Riwayat-AHA, iaitu  pihak WordPress, yang bertungkus-lumus menyediakan blog ini dan boleh digunakan oleh orang ramai.

Biar saya perkenalkan diri saya dahulu. Nama saya ialah Ahmad Hisym Al-Din Al-Tsa’labiy (hampir kepada nama sebenar). Lahir pada tahun 1995. Beragama Islam dan tinggal di Malaysia. Blog ini dinamakan sebagai Riwayat AHA kerana saya ingin memuatkan semua kisah hidup saya, pengalaman saya, dan ilmu saya di sini. AHA itu merupakan singkatan kepada nama saya.

Insha-Allah, selain daripada coretan hidup saya yang akan saya kongsi di sini, saya juga akan berkongsi kepada anda semua(pembaca) beberapa kajian dan pembacaan saya. Jika saya terkhilaf, tegurlah saya ini. Saya hanya manusia biasa, hanya hamba Allah. Jika saya mengambil artikel daripada web-web lain, Insha-Allah, saya akan cuba meletakkan link artikel tersebut.

Antara kategori yang saya ingin muatkan dalam blog ini ialah:

  • Kisah Hidupku – Mengisahkan peristiwa pahit dan manis dalam hidup saya
  • Perihal Keagamaan – Meliputi semua bidang agama seperti Akidah, Ibadah, Al-Quran dan Hadith, dan Akhlak
  • Sains dan Teknologi – Semua yang berkaitan sains dan teknologi akan dimasukkan ke dalam ini, termasuklah perkara yang berkaitan komputer.
  • Buku dan E-Book – Semuanya mengenai buku-buku. Akan disertai ulasan. Insha-Allah
  • Santai – Relaks-relaks untuk melegakan stres, lawak-lawak dan sewaktu dengannya.

Sekali lagi saya beritahu, bukan 100% isi kandungan blog ini benar. Mungkin saya terlepas pandang atau tersilap kerana saya tidak maksum. Oh. Saya terlupa untuk mengucapkan terima kasih juga kepada rakan-rakan saya. Merekalah yang memberi kenangan pahit dan manis dalam hidup saya. Maafkan saya ya!.

Advertisements
 
1 Comment

Posted by on December 18, 2010 in Featured, Kisah Hidupku

 

One response to “Pengenalan Blog

  1. Mr WordPress

    December 18, 2010 at 7:08 pm

    Hi, this is a comment.
    To delete a comment, just log in, and view the posts’ comments, there you will have the option to edit or delete them.

     

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: