RSS

Warkah Untuk Sahabat

11 Mar
Warkah Untuk Sahabat

Sahabat,

Tanpamu aku rasa sunyi. Adamu di sisiku mewarnakan hidupku ini. Pelbagai kisah, rahsia dan pendapat berdasarkan fikrah masing-masing telah kita kongsi bersama. Kadang-kala engkau lebih rapat berbanding kaum kerabatku. Mungkin kerana kamu lebih memafhumi diriku ini disebabkan oleh umur kita yang sebaya.

Sahabat,

Ingatkah lagi engkau bagaimana pertemuan kita yang sudah dirancang oleh Allah SWT? Aku tidak pernah berharap dan tidak pernah sangka bahawa engkaulah yang akan menjadi temanku. Aku juga pasti bahawa engkau juga sama sepertiku, tidak pernah berharap dan tidak pernah sangka bahawa akulah yang menjadi taulanmu . Tetapi, yang berada di sisiku ternyata dirimu yang mempunyai sifat-sifat seorang sahabat yang aku cari selama ini. Allah SWT juga telah berfirman dalam surah al-Hujurat ayat 13:

Hai manusia, sesungguhnya Kami menciptakan kamu dari seorang laki-laki dan seorang perempuan dan menjadikan kamu berbangsa-bangsa dan bersuku-suku supaya kamu saling kenal-mengenal (dan beramah mesra antara satu sama lain). Sesungguhnya orang yang paling mulia di antara kamu di sisi Allah ialah orang yang paling bertakwa di antara kamu. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui lagi Maha Mengenal.

Sahabat,

Engkaulah sumber kekuatan diriku yang lemah ini. Semua yang telahku capai sekarang hanyalah satu fatamorgana sahaja sebelum ini. Tetapi aku telah berjaya buktikan bahawa khayalanku mampu menjadi realiti. Semuanya dengan sokonganmu dan pertolonganmu wahai sahabatku. Kamu berdiri seiring dengan kaum kerabatku yang lain, terus memberi sokongan dan pertolongan setakat yang terdaya oleh dirimu. Segala kejayaan telah kita kongsi bersama kegembiraan. Segala kegagalan dan musibah kita hadapi bersama dengan tabah.

Sahabat,

Masih adakah memori bagaimana kita membuat pekerjaan bersama? Kebanyakan orang sudah berputus asa untuk meneruskan pekerjaan itu. Tetapi, kita tetap cekal dalam menghadapinya. Seperti WonderPets selalu berkata, apa yang penting? KERJASAMA! Ya! Dengan kerjasama kita, kita telah berjaya menyelesaikan pekerjaan tersebut seterusnya membuktikan bahawa kerjasama ialah unsur terpenting dalam sesuatu pekerjaan.

Sahabat,

Ingatkah lagi engkau ketika kita bertengkar? Sekarang jika diingat kembali merupakan kisah lucu apabila dikenang kembali. Fikrah kita ketika itu masih lagi sempit berbanding sekarang, sanggup bertengkar hanya kerana sesuatu yang remeh. Adakalanya sehingga putusnya persahabatan yang dijalinkan selama ini. Tetapi adakah engkau masih ingat bagaimana perkelahian kita ditamatkan dengan ugutan Rasulullah SAW:

لا يحل لمسلم أن يهجر أخاه فوق ثلاث ، فمن هجر فوق ثلاث فمات دخل النار

tak halal bg seseorang muslim tu memulaukan saudaranya melebihi 3 hari, sapa-sapa yg pulau saudaranya lebih dari 3 hari dan dia mati maka masuk neraka.

takhrij:

kata syaikh Basyar: HR Abu Daud, no. 4914 …alNasaie dlm ‘alKubra’ , no. 9116 [rujuk alMusnad alJami’,syaikh Basyar Awwad dan rakan2, no. 14094]

status:

kata Imam Nawawi : isnadnya (sahih) dgn syarat Bukhari dan Muslim (Riyadussolihin, 2/215, tahqiq syaikh Mahir Yasin alFahl)

Sahabat,

Perpisahan ternyata satu perkara yang menyakitkan. Segala kisah kita berakhir di sini. Tetapi, persahabatan ini akan kekal selama-lamanya. Mungkin aku akan melupakan suaramu, rupamu, matamu dan namamu tetapi aku tidak akan melupakan riwayat persahabatan kita ini. Aku sangka kita akan bersama selama-lamanya, tetapi itu memang perkara yang mustahil. Pertemuan dan perpisahan kita sudah ditentukan oleh Allah.

Sahabat,

Kenangkanlah aku dalam doamu. Aku menganggap doamu itu sebagai hadiah buatku. Rasulullah SAW pernah bersabda yang diriwayatkan oleh Imam Bukhari dalam babal-Adab al-Mufrad:

وَتَهَادُوْا تَحَابُّوْا

Kalian harus saling memberi hadiah, maka kalian akan saling mencintai

Selalulah hubungi aku di laman sosial seperti Facebook dan juga telefon bimbitku yang 90%  hidup. Maafkanlah aku sekiranya aku tidak sempat melayanmu kerana aku selalu sibuk dengan urusanku. Tetapi sekiranya ada masa aku akan melayan kerenahmu. Insya-Allah sekiranya ada jodoh kita akan bertemu kembali. Sekiranya bukan di alam fana ini, mungkin di alam Baqa suatu hari nanti. Insya-Allah.

Ikhlas Daripada,

Sahabatmu

Advertisements
 
3 Comments

Posted by on March 11, 2011 in Featured, Kisah Hidupku

 

3 responses to “Warkah Untuk Sahabat

  1. alak

    March 11, 2011 at 6:48 pm

    salam,

    dalam hati masih sedih. 🙂

     
  2. aha1995

    March 11, 2011 at 7:05 pm

    wsalam..

    untuk hang

     
  3. saip

    March 17, 2011 at 6:32 pm

    hebat betul hang ni…

     

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: